Back

Soalan Lazim

SOALAN LAZIM

 

Adakah RAID menepati piawaian ISO EU

Piawaian Latihan RAID adalah 100% mengikut Piawaian Selaman Rekreasi ISO seperti yang disenaraikan dibawah.

Piawaian RAID telah dinilai, diterima dan didaftarkan oleh The UK Health and Safety Executive.

RAID menawarkan latihan yang Diiktiraf di Peringkat Kebangsaan di Australia

EN 14153-2/ISO 24801-2 / ISO 11207: RAID Tahap 1 to 3
EN 14413 -1/ISO 24802-1/ ISO 11207: RAID Tahap 4
EN 14413-2/ISO 24802-2 / ISO 11207: RAID Jurulatih
ISO 13293 Oxygen and Mixer Blender
ISO 1121 Try Scuba Diving

 

BAHAGIAN PERTAMA - SOALAN LAZIM BAGI PENYELAM

Perlukah saya mempunyai pengalaman bagi sijil pentauliahan selaman terlebih dahulu sebelum mengambil kursus selaman rebreather?

Tidak.

Bolehkah saya mulakan kursus RAID sebelum saya menghubungi Pusat Selam?

Ya, anda hanya perlu daftar masuk dan mengikut semua prosedur pendaftaran.

Perlukah saya mempunyai rakan selam?

Tidak, anda mungkin akan berjumpa rakan selam ketika melakukan latihan dalam air.

Perlukah saya menyiapkan semua pembelajaran akademik sebelum menghubungi Pusat Selam?

Tidak, anda boleh menghubungi Pusat Selam RAID seperti yang tersenarai, pada bila-bila masa sebelum, semasa atau selepas selesai pembelajaran akademik atas talian anda.

Perlukah saya menyelesaikan latihan dalam air di Pusat Selam tempatan?

Anda boleh memilih mana-mana Pusat Selam RAID yang berdaftar bagi latihan dalam air anda.

Berapa lamakah tempoh yang saya ada bermula daripada tempoh pendaftaran sehingga saya ditauliahkan?

6 bulan.

Bolehkah keluarga saya mendaftar bagi satu kursus dan kami semua ditauliahkan?

Bila anda mendaftar bagi satu kursus, anda akan ditauliahkan dengan satu kursus sahaja. Setiap ahli keluarga mestilah mendapatkan sijil pentauliahan masing-masing.

Perlukah saya melengkapkan satau-satu program sepenuhnya sebelum memulakan program pembelajaran akademik yang seterusnya?

Anda boleh mendaftar sebanyak mana yang anda sukai bagi program pembelajaran akademik atas talian, walaupun anda perlu memenuhi prasyarat kursus sebelum melakukan latihan dalam air.

Bolehkah saya menyertai 'Try Dive' terlebih dahulu sebelum saya memutuskan untuk mengambil kursus?

Ya, anda hanya perlu memilih serta menghubungi Pusat Selam RAID yang berdaftar dan membuat aturan dengan mereka bagi sesi Discover Rebreather.

Bagaimana sekiranya saya tidak mempunyai masa untuk ditauliahkan selepas 6 bulan?

Anda perlu mendaftar semula dan bermula sekali lagi kerana mungkin banyak maklumat yang telah dilupakan dan membuat ulangkaji adalah langkah yang sentiasa selamat.

Berapakah umur minimum?

12 tahun untuk menjadi penyelam RAID dan 16 tahun bagi Tahap 3 dan keatas.

Bolehkah saya melengkapkan latihan di air terhad dengan sesebuah Pusat Selam dan melakukan latihan Laut Terbuka dengan Pusat Selam yang lain?

Ya, anda mungkin ingin melakukan latihan air terhad di dalam negara, dan merantau ke pulau tropikal bagi melakukan latihan laut terbuka.

Bolehkah saya menduduki ujian tanpa menyiapkan Kuiz Pantas?

Tidak boleh, kerana kuiz pantas merupakan pra-syarat yang penting.

Berapa kali percubaan yang dibenarkan bagi menduduki ujian?

10 kali, dan sekiranya anda masih tidak lulus, sila hubungi Pusat Selam anda bagi mendapatkan bantuan.

Bolehkah saya mendapatkan pertolongan orang lain ketika menjawab soalan Kuiz Pantas serta Ujian?

Tidak boleh.

Bolehkah saya mencetak PDF daripada bahagian pembentangan akademik?

Boleh.

Apakah yang berlaku apabila saya selesai kursus dan ditauliahkan, adakah saya masih mempunyai akses untuk melihat bahan kursus yang berkaitan?

Ya. Kerana anda merupakan ahli sepanjang hayat.

Bolehkah saya mendaftar bagi Tahap 2 semasa mengerjakan Tahap 1?

Boleh.

Adakah program latihan e-pembelajaran RAID hanya terdapat dalam bahasa Inggeris?

Terdapat beberapa variasi bahasa disediakan. Bahasa-bahasa lain akan menyusul kemudian.

Cross overs: Apakah syarat-syarat yang diperlukan sekiranya saya merupakan CCR bertauliah atau penyelam SCR?

Mudah - sila baca kepelbagaian tahap pembelajaran dengan teliti dan jika anda memenuhi pra-syarat yang ditetapkan maka anda boleh "cross over" pada tahap tersebut. Dalam erti kata yang lain, untuk memasuki mana-mana tahap dalam sistem RAID, penyelam perlu memenuhi pra-syarat sebelum membuat pendaftaran dan perlu mengemukakan dokumentasi kepada Pusat Selam RAID dan jurulatih RAID semasa penyertaan bagi menyiapkan bahagian latihan dalam air.

Adakah jawapan disediakan sekiranya saya menjawab soalan dengan salah?

YA - semua jawapan boleh didapati dalam manual untuk pengkajian. Terdapat pelbagai kaedah bagi pembelajaran. Kaedah yang digunakan oleh RAID bukanlah fokus kepada menghafal, tetapi kefahaman bagi subjek yang memerlukan pemahaman dan kajian (kuiz buka buku) serta keupayaan untuk mengaplikasikannya bersama-sama dengan kemahiran kognitif yang lain bagi menjadikan penyelam yang tahu mengaplikasi kefahaman tersebut untuk kemahiran hidup contohnya menyelam. Pengekalan memori asas tanpa pemahaman tidak akan membantu penyelam mempelajari kemahiran hidup.

BAHAGIAN DUA - SOALAN LAZIM BAGI PROFESIONAL

Saya merupakan Jurulatih OC dan bagaimanakah mahu menjadi Jurulatih OC RAID?

Jurulatih OC yang bertauliah dari mana-mana agensi selam yang diiktiraf boleh cross over secara atas talian untuk menjadi Jurulatih OC RAID (bergantung kepada Piawaian Umum Selaman). Contoh: Anda mesti melengkapkan bahagian akademik secara atas talian bagi OC RAID Tahap 1,2,3 dan Jurulatih. Latihan praktikal akan dikreditkan

Saya merupakan Jurulatih OC, jadi mengapakah saya harus melakukan Rebreather Tahap 3 sebelum menyertai program Jurulatih Rebreather RAID?

Rebreather Tahap 3 mengajar penyelam:

Untuk menguasai aplikasi pengurusan risiko.
Untuk menggunakan/menguruskan silinder gantung sisi dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan.
Bagaimana untuk melakukan pergerakan naik terkawal bersama-sama penyelam rebreather yang tiada menunjukkan tindakbalas, yang mana memerlukan kemahiran tambahan.
Untuk mendapatkan sijil bagi 40m / 131kaki.
Belajar menyelam menggunakan unit rebreather spesifik dan fokus kepada rekod jumlah selaman yang diperlukan.

Saya merupakan Jurulatih Rebreather, bagaimanakah cara untuk cross over menjadi Jurulatih Rebreather RAID?

Untuk menjadi Jurulatih Sukan Rebreather RAID, lengkapkan rebreather Tahap 1,2,3 dan Jurulatih secara atas talian.
Kemudian lengkapkan Jurulatih Pengkhususan RAID, dengan melengkapkan setiap Program Pengkhususan Jurulatih secara atas talian.
Selepas pensijilan, Jurulatih Pengkhususan RAID mungkin boleh mengajar kursus bagi spesifik unit.
Jurulatih rebreather layak untuk mengajar latihan OC RAID secara automatik.

Saya merupakan Jurulatih OC dan mempunyai sijil rebreather, bagaimanakah cara untuk menjadi Jurulatih Rebreather RAID?

Untuk menjadi Jurulatih Sukan Rebreather RAID, lengkapkan rebreather Tahap 1,2,3 Jurulatih dan Pengkhususan Rebreather. Jika anda telah mencapai rekod jumlah jam dalam air yang diperlukan, maka anda hanya perlu melengkapkan Pengkhususan Jurulatih dan SIDP berkaitan jika diperlukan.
Syarat-syarat bergantung kepada program jurulatih rebreather spesifik yang diambil.

Saya merupakan Jurulatih OC dan TIDAK mempunyai pengalaman dalam rebreather, bagaimana untuk saya menjadi Jurulatih Rebreather RAID?

Untuk menjadi Jurulatih Sukan Rebreather RAID, lengkapkan cross over bagi Jurulatih Open Circuit secara atas talian, kemudian lengkapkan bahagian akademik rebreather atas talian bagi Thap 1,2 dan 3.
Ambil program praktikal rebreather Tahap 3 dan pengkhususan rebreather bagi unit yang ingin anda ajar. Setelah anda memenuhi jumlah rekod selaman yang diperlukan, sertai program Jurulatih Sukan Rebreather secara atas talian.
Pensijilan bergantung kepada pengkhususan rebreather secara terperinci.

Perlukah saya melepaskan status jurulatih sedia ada dengan organisasi lain?

Tidak.

Saya merupakan Dive Master tanpa pengalaman selam CCR - bagaimanakah untuk saya melakukan cross over?

Dengan menyempurnakan rebreather Tahap 3, kemudian menyertai program rebreather Tahap 4. Setelah anda memenuhi jumlah rekod selaman yang diperlukan, sertai program rebreather Tahap 4 secara atas talian.

Sebagai Jurulatih RAID, perlukah saya punyai insurans liabiliti awam?

Ya.

Sebagai Jurulatih RAID, perlukah saya bekerja melalui Pusat Selam RAID?

Ya, kerana Pusat Selam akan melakukan pengesahan terakhir bagi pensijilan secara atas talian - Lihat di bawah.

Bagaimana jika saya merupakan Jurulatih RAID, tetapi Pusat Selam RAID tidak terdapat di kawasan saya?

Cara program ini direka memerlukan Pusat Selam RAID menguruskan latihan dan pensijilan akhir. Jadi, sila pilih Pusat Selam RAID yang terdekat dengan anda.

Bolehkah pelajar mendaftar secara atas talian sendiri, atau pun hanya melalui Pusat Selam sahaja?

Pelajar boleh mendaftar secara atas talian melalui Pusat Selam dan juga sendiri, kemudian pilih Pusat Selam yang tersenarai.

Adakah Pusat Selam perlu membayar yuran pendaftaran?

Ya, sila rujuk kepada Piawaian Umum Selaman bagi yuran-yuran.

TEMPOH MASA KURSUS

Berapakah tempoh masa bagi kursus-kursus setelah pelajar melengkapkan bahagian e-pembelajaran?

Masa-masa yang disenaraikan hanyalah anggaran SAHAJA dan bergantung kepada lokasi dan keperluan lain

Rebreather Tahap 1:

3/4 hari kursus (bergantung kepada jadual jurulatih anda serta pengkhususan unit).

Rebreather Tahap 2:

3/4 hari kursus (bergantung kepada jadual jurulatih anda serta pengkhususan unit).

Rebreather Tahap 3:

4 hari kursus (bergantung kepada jadual jurulatih anda serta pengkhususan unit).

Rebreather Tahap 4:

6/8 hari kursus (bergantung kepada jadual jurulatih anda dan pengkhususan unit).

Program Pembangunan Jurulatih Rebreather:

8/10 hari kursus (bergantung kepada jadual jurulatih anda dan pengkhususan unit).

Program Pembangunan Pengajar Jurulatih:

6 Hari Program. (bergantung kepada jadual pemeriksa dan pengkhususan unit)

Instructor Trainer Cross Over:

3.5 Hari Program. (bergantung kepada jadual pemeriksa dan pengkhususan unit).