Back

OC Inst. Deco 50m

PENGKHUSUSAN JURULATIH LITAR TERBUKA DECO 50m / 164kaki

PENGENALAN

Program ini melayakan jurulatih litar terbuka RAID untuk mengajar penyelam untuk menyelam sehingga had kedalaman 50 m / 164 kaki dengan menggunakan gas campuran Trimix (Oksigen, Helium & Nitrogen) dan melengkapan selaman dengan melakukan hentian wajib penyahmampatan (deco stop) selama 30 minit maksimum.

PROGRAM INI MENGGUNAKAN GAS BERIKUT

Gas oksigen yang diperkaya (EANx / Nitrox) campuran dari 21% sehingga maksimum 50% kandungan oksigen.
Maksimum PpO2 dari 1.4 di MOD.

Maksimum PpO2 dari 1.6 pada kedalaman maksimum yang memerlukan hentian penyahmampatan berperingkat (stage deco stop).

Maksimum 27% kandungan Helium

PRA-SYARAT JURULATIH

Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
Telah ditauliahkan sebagai penyelam tidak kurang dari 12 bulan atau 1 tahun.
Ditauliahkan sebagai penyelam litar terbuka prosuder penyahmampatan (deco) RAID atau pensijiln yang setaraf. (dimana 25jam selaman berada diantara 35 - 45 m/115 -148 kaki) dan/atau yang setaraf..
Ditauliahkan jurulatih litar terbuka nitrox RAID.
Mengemukakan Rescue Breathing terkini/latihan CPR/BLS dan sijil jurulatih Oxygen Provider (DAN/yang setaraf).
Mempunyai minimum 80 log selaman menggunakan peralatan litar terbuka. Kesemua log mesti dicatat di dalam buku log peribadi RAID anda.

PRA-SYARAT PERPINDAHAN JURULAIH

Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
telah ditauliahkan sebagai penyelam sekurang-kurangnya 12 bulan aau 1 tahun.
Ditauliahkan litar terbuka yang sudah diperbaharui atau jurulatih Rebreather Decompression Procedures (setaraf).
Ditauliahkan jurulatih Litar Terbuka Nitrox RAID.
Mengemukan Rescue Breathing terkini/latihan CPR/BLS da sijil jurulatih Oxygen Provider (DAN/yang setaraf).
Mempunyai minimum 80 log selaman menggunakan peralatan litar terbuka. Kesemua log mesti dicatat di dalam buku log peribadi RAID aanda.

NOTA:
Kesemua diatas bukan jaminan nada akan diterima oleh RAID dimana mempunyai keputusan mutlak untuk menerima atau meminta keperluan lain untuk dipenuhi.

KANDUNGAN KURSUS

Melengkapkan sebelum latihan air, latihan online, e-pembelajaran, pembentangan akademik, kuiz dan peperiksaan.
Menilai Kemahiran Menyelam Peribadi
Stamina dan Kemahiran Sukan Air
Ulasan Senario Menyelamat
Tugasan Merancang Selaman
Ulasan Garis Panduan Jurulatih untuk Pengkhususan Prosuder Penyahmampatan (Deco)
Menguasai Latihan Pratikal seperti yang diperincikan
Air terbatas dan Air Terbuka,jumlah minimum keseluruhan 4 jam di dalam air

PERALATAN YANG DIPERLUKAN

Untuk kurusus ini anda harus menyedia peralatan seperti dibawah:

Isipadu Gas tidak boleh kurang dari 2760 lt / 98 kaki padu.
Silinder tunggal dengan injap pillar harus mempunyai injap berbentuk H atau Y dan set berkembar manifold dengan islolater (DIN).
2 x peringkat pertama (1st stage)
2 x peringkat kedua (2nd Stage)
1 x Tolok Tekanan SPG
1 x 2m/6.5ft hos peringkat kedua (2nd stage) LP
1 x BCD/sayap hos LP
1 x Drysuit hos inflator sekiranya ada
1 x Komputer selam campuran (Helium) atau gas beberapa peringkat Nitrox
1 x dive timer atau komputer udara yang diperkaya (dua gas Nitrox) atau komputer selaman bagi udara campuran (Helium)
1 x papan tulis
2 x SMBs dan reel
1 x pisau
2 x topeng menyelam (mask)
1 x lampu suluh/lampu/lampu di dalam air
1 x BCD/sayap dengan daya angkatan yang sesuai
1 x Pakaian Selam - pakaian selam kering(dry suit) harus mempunyai sistem infaltor mudah tukar dengan hos LP BCD
1 x Silinder pasang sisi (Side Sling) (kandugan isipadu gas tidak kurang dari 1000 lt / 35.33 kaki padu)
1 x peringkat pertama (1st stage)
1 x peringkat kedua (2nd stage)
1 x Tolok Tekanan SPG
1 x Hos LP Octo peringkat kedua (2nd stage)

PENSIJILAN

Setelah berjaya ditauliahkan jurulatih boleh menawarkan latihan menyelam mengikut tahap pensijilan yang ditentukan oleh RAID.

E&OE