Back

Penyelam CCR Adv 35

LANJUTAN TAHAP 2 REBREATHER

Anda boleh manual sekarang tanpa paksaa untuk menamatkan latihan praktikal.
Menambah baik kemahiran menyelam anda dan menambah pengetahuan anda melalui piawaian RAID yang berkualiti tinggi.

TUJUAN UTAMA KURSUS

Kursus perkembangan yang menarik ini direka untuk melatih pelajar dalam pengunaan yang selamat teknologi rebreahter dan menyelam tidak melebihi masa penyahmampatan (decompression) dengan kedalam maksima 30 metere/99 kaki.

Program ini terbahagi kepada dua bahagian:

BAHAGIAN PERTAMA - TEORI

Ini adalah teori atau bahagian akademik dimana sesiapa sahaja boleh mengambil dan melengkapkan , mengikuti tanpa paksaan, bahagian kedua yang merupakan sesi praktikal di mana anda boleh belajar dengan jurulatih yang mempunyai kemahiran untuk mengajar anda di peringkat ini dan melengkapkan pensijilan anda.

Apabila anda membeli program ini secara online secara rasminya anda mempunyai masa 6 bulan untuk mengakses kandungan toeri, ulasan pengetahuan dan peperiksaan untuk peringkat ini. Di dalam manual ini mengandungi maklumat yang boleh di muat turun dalam format PDF yang dibahagikan kepada 9 bahagian:

Menyelam Secara Umum
Persekitaran
Peralatan
Fizik
Psikologi
Pengurusan
Menyelamat
Latihan Air Terbatas
latihan Air terbuka

Manual yang komprenhensif dan kaya dengan maklumat, amat bernilai jika dibandingkan dengan harga yang anada bayar!

RAID menyediakan ada maklumat yang lebih lanjut dan pembangunan pengetahuan yang lengkap jika dibandingkan dengan jurulatih yang memberi ceramah pendek dan sedutan video pendek, di mana masa yang ada amat terbatas dan hanya sedikit maklumat yang dapat disampaikan.

Sesiapa sahaja boleh membeli kursus ini dan akan menerima pakej latihan akademik yang komprenhensif tanpa perlu menamatkan latihan praktikal. (Tanpa Paksaan)

Pakej latihan online termasuk:

Manual dalam bentuk PDF
Kuiz Pantas dan peperiksaan (melihat buku)
6 bulan untuk mengakses manual (boleh di muat turun)

LATIHAN PRAKTIKAL

Dengan jurulatih RAID anda

Air Terbatas - minima 1 jam latihan di air + keperluan Pengkhususan (Speciality requirements)
Air terbuka - minima 5 jam latihan di air dan 6 selaman + keperluan Pengkhususan (Speciality requirements)

If the Diver already has completed a Speciality for the Rebreather they are using, then the added time for the Speciality is not required/included.

PENSIJILAN

Setelah anda lulus dan berjaya latihan praktikal anda akan menerima:

Pensijilan Penyelam Peringkat Antarabangsa
Buku Log - online
Pensijilan Penyelam dalam bentuk PDF atau kad Plastik
Akses manual tanpa batasan

Di sini kami ingin mengingatkan bahawa kos untuk latihan praktikal tidak termasuk semasa anda membeli manual secara online. Kos latihan pratikal perlu dibincangkan dengan Pusat Selam RAID yang dilantik atau Jurulatih yang akan menamatkan latihan praktikal anda.

Peringatan anda boleh membeli manual sekarang dan tidak ada paksaan untuk menamatkan latihan praktikal!

PRA-SYARAT untuk Latihan Praktikal

Tertakluk kepada Piawaian menyelam Umum RAID, dan boleh berubah tanpa notis:

Berumur minima 15 tahun .
Mempunyai minima 8 jam selaman di dalam air (air terbatas dan air terbuka) dengan rebreahther atau litar terbuka.
Mempunyai Tahap 1 dan Pengkhususan RAID atau Penyelam Laut Terbuka yang bersamaan dengan agensi lain yang di iktiraf.
Bukti dokumen hendaklah dikemukankan seperti yang diperlukan dalam pra-syarat kepada Pusat Selam RAID yang dilantik bagi mendapatkan kebenaran untuk melakukan latihan air.
Untuk bermula dan layak sebagai penyelam rebreahther RAID anda perlu menamatkan kedua-dua Tahap Teras Rebreahter dan Unit khusus dalam Kursus Pengkhususan.
Kursus untuk unit khusus untuk setiap jenis renereahter hanya perlu dilakukan sekali sahaja.

Kesemua diatas tertakluk kepada Piawaian Menyelam Umum RAID dan boleh berubah tanpa notis.

E&OE