PENGENALAN
Program Tahap 2 ini terbina berdasarkan pengalaman anda dan memacu kefahaman serta kemahiran anda untuk menyelam lebih dalam lagi, sementara mengamalkan kemahiran asas dalam kawalan apungan. Namun ia tidaklah menghilangkan keseronokan yang ada dalamnya seperti bahagian Cari dan Terokai dan belajar mengenai alam laut serta kehidupan di dalamnya.
Sekiranya anda telah sertai RAID untuk pertama kali atau dalam erti kata lain anda telah pun menyempurnakan Tahap 1 - untuk melihat prosedur:
Baca semua manual, kemudian jawab Kuiz Pantas. Ianya kuiz yang mana anda boleh buka buku, jadi jangan risau. Selepas anda siap menjawab semua soalan Kuiz Pantas, jawab pula Peperiksaan Akhir. Kalau anda tidak lulus, baca semula bahagian mana yang anda rasa tidak yakin atau hubungi Pusat Selam RAID yang anda boleh jumpa di bahagian Pusat Selamku dan minta bantuan. Anda boleh cuba jawab kuiz tersebut sebanyak 10 kali, tapi sekiranya anda sudah lulus, teruskan kepada manual yang seterusnya.
Kuiz dan Ujian ini merupakan peperiksaan yang mana anda boleh buka buku dan anda perlu kaji manual itu betul-betul bagi mendapatkan jawapan yang betul! Sebelum menjawab peperiksaan, pastikan anda log keluar dahulu dan kemudian log ke dalam semula bagi memastikan page tersebut tidak luput atau tamat tempoh.
Jawapan yang tidak betul juga ada disediakan, namun hanya setelah anda lulus; hanya perlu klik pada butang "VIEW" yang terletak di sebelah skor markah untuk melihat jawapan yang betul.
Hubungi Pusat Selam RAID dan aturkan tarikh dan masa untuk latihan air anda setelah anda selesai menjawab soalan-soalan peperiksaan serta lulus.
Ingat, dalam latihan air, anda boleh lengkapkan latihan tersebut di bawah satu Pusat Selam RAID atau anda pecahkan antara latihan air terbatas yang anda buat dengan pusat yang berdekatan dengan tempat anda dan latihan laut terbuka pula di pusat yang lain, pilihan di tangan anda.