Back

Drysuit Speciality

PENGKHUSUSAN PAKAIAN KERING (DRYSUIT)

TUJUAN UTAMA KURSUS

Program ini meliputi tentang apa yang anda perlu tahu mengenai menyelam mengunakan pakain kering (drysuit) dan mengetahui aspek-aspek penting bagi penyelam baru dan penyelam yang berpengalaman.

Sesi air terhad membolehkan anda belajar menguasai kawalan keapungan (buoyancy) dan buang segala perasan takut sebelum anda mengunakannya di Laut Terbuka. Kemahiran yang anda akan belajar dengan program ini ialah menjadikan anda berasa selesa dan rasa selamat semasa mengunakan pakaian kering (drysuit)

PRA-SYARAT

Bukan penyelam - Sekiranya ingin belajar menyelam dengan pakaian kering (drysuit) hendaklah meyempurnakan Kursus Tahap 1 Litar Terbuka dan Pengkhususan pakain kering (drysuit) atau pengkhususan Tahap 1 Rebreahter dan Pengkhususan pakain kering (drysuit).

Penyelam Bertauliah - dari agensi yang lain yang mahu menambah pengalaman dengan pakain kering (drysuit) dan hendak mengikuti program latihan RAID hendaklah menyelesaikan terlebih dahulu:
Tahap latihan yang dipilih oleh penyelam (contoh Tahap 2 atau Tahap 3 atau lain-lain) dan Pengkhususan pakaian kering (drysuit).

Penyelam Pensijilan RAID - yang ingin menambah pengalaman menyelam dengan pakaian kering (drysuit):
Untuk Penyelam Pensijilan RAID, keperluan kemahiran untuk Pengkhususan ini adalah tunggal "stand alone"

Penyelam Pensijilan RAID - yang ingin melanjutkan pengalaman mereka untuk menyelam dengan pakaian kering (drysuit) dan pergi ke peringkat seterusnya: Kemahiran dalam Pengkhususan ini adalah sebagai tambahan kepada tahap latihan yang dipilh dalam kursus RAID yang ditawarkan.

KANDUNGAN KURSUS

Akademik meliputi , tetapi tidak terhad kepada berikut:

Hipotermia
Fakta yang perlu dipertimbangkan ketika menyelam
Pembuatan pakaian kering (drysuit) dan bagaimana ia boleh kekal kering
Pilihan yang terbaik untuk selam rekreasi dan bagaimana anda tahu jika ia sesuai dengan betul
Penebat dan pakaian dalam
Seal, zip, injap and aksesori
Keapungan (buoyancy) dan sistem memasukan udara (inflation systems)
Penyelengaraan tahunan

Sesi praktikal memerlukan air terhad dan laut terbuka dengan masa meyelam di air tidak kurang 3 jam meliputi semua kemahiran keapungan (buoyancy) hingga kemungkinan boleh berlaku masalah yang dihadapi.

Ini sahaja program praktikal!! kemahiran praktikal untuk selam sebenar.

Kesemua diatas adalah tertakluk kepada Piawaian Menyelam Umum RAID dan boleh berubah tanpa notis.


E&OE