Back

Rebreather

Image

BEJALAR MENYELAM REBREAHTER

Dengan cara tradisional Skuba litar terbuka, penyelam menyedut udara dari silinder dan menghembus nafas ke atmosfera (litar terbuka). Gas atau oksigen yang digunakan oleh penyelam hanya (+/- 4%) merupakan sebahagian kecil daripada jumlah gas yang disia-siakan dalam litar terbuka.

Litar tertutup akan mengkitar semula hembusan nafas didalam gelung dan hanya sedikit oksigen akan ditambah untuk mengantikan / oksigen yang dimetabolismekan oleh badan oleh penyelam. Karbon dioksida yang dihasilkan oleh penyelam dibersihkan daripada gas pernafasan mengunakan scubber (penyerap) ini boleh memanjangkan masa menyelam anda.

"Selaman Litar Tertutup Rebreahter RAID - Lebih dekat dan peribadi, dengan persekitaran akuatik"

Anda mungkin seorang yang baru dan tidak tahu mengenai rebreather dan anda ingin 'Mencuba Menyelam/Mengetahui Selam Rebreahter ' sebelum anda bersedia untuk mendaftar kursus atau anda telah menjadi penyelam rebreahter dan mahu menyertai sistem rebreahter RAID. Apa sahaja pilihan anda akan mejadikan ianya satu perkara yang menarik dan satu dimensi dalam kehidupan anda!

Pertama sekali anda harus membaca Maklumat umum kursus untuk semua peringkat, kemudian membaca soal selidik perubatan bagi memastikan anda tidak mempunyai masalah kesihatan yang akan menghalang selaman anda. Kemudian semak dan teliti beberapa tahap latihan yang memenuhi kriteria anda. Sebaik sahaja anda sudah memilih kursus, anda boleh terus mendaftar.

Pergi ke Log latihan pendaftaran penyelam,klik butang datar dan ikut proses mudah 3 langkah termasuk pengesahan alamat, e-mel anda. Setelah anda mendatar anda hanya perlu menaip alamat e-mel dan kata laluan dan klik kotak login.

LATIHAN REBREATHER RAID (LATIHAN BERNAFAS SEMULA RAID)

Sistem RAID merupakan satu program pendidikan berterusan yang direka secara kompehensif untuk pelbagai unit rebreahter. Tahap teras pendidikan meliputi aspek-aspek yang sama kepada semua jenis rebreahter dan program unit khusus tertentu meliputi maklumat unuk kepada reberahter pilihan anda. Tahap teras menentukan had kedalaman dan tahap kemahiran dan membolehkan penyelam belajar secara berperingkat. Kursus pengkhususan rebreather akan mengesahkan jenis rebreahter yang akan digunakan oleh penyelam.

Untuk memulakan dan layak sebagai seorang penyelam rebreahter RAID and perlu melengkpakan kedua-dua peringkat rebreather teras dan kursus pengkhususan tertentu rebreahter

Untuk melanjutkan pelajaran dalam sistem rebereather RAID anda boleh terus mempelajari kursus teras rebreahter yang seterusnya, Unit kursus khusus untuk setiap rebreahter hanya perlu dilakukan bersama